PENGENALANKURSUSKEMUDAHANGALERISTAFPAUTANFORUM
         
         

 

 
::MUTIARA KATA::
 
 

SATU PENDEKATAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN BERSSEPADU.


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

 

 

 

 

::butang KKKB::
EMAIL STAF

 

 

 

paparan terbaik dengan internet explorer & netscape dengan resolusi 800x600. memerlukan Flash plug-in

 



KURSUS

TEMPOH PENGAJIAN :
1. Kursus peringkat sijil adalah selama 2 tahun (4 semester).
2. Pelajar yang berkelayakan boleh menyambung pelajaran

ke peringkat diploma sama ada di Politeknik atau mana-
mana Institusi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


KURSUS SIJIL
Sijil Multimedia Kraetif Animasi
Sijil Pelukis Pelan Senibina
Sijil Teknologi Pembuatan Bersepadu
Sijil Automotif

Diploma Automotif

KURSUS SIJIL ANIMASI
Kursus ini merupakan satu kursus kemahiran yang akan memberi latihan kepada pelajar berkaitan lukisan untuk animasi,penerbitan audio dan video animasi,pembuatan model yang unik dan kreatif,penghasilan papan cerita (storyboard),penggunaan perisian 3D,animasi digital,komunikasi visual dan Produksi TV.
Tujuan animasi diperkenalkan kepada pelajar adalah untuk mengenalpasti maksud serta prospek animasi dan animator, kronologi seni media, perkembangan proses dan gaya animasi dari segi impak sejarah dan teknologi, pembangunan proses dan persembahan animasi tempatan dan luar negara serta produksi studio animasi yang terkemuka di seluruh dunia.

Kemudahan - kemudahan :
1. Studio Lukisan - 1
2. Bilik Audio Video - 1
3. Bilik Pembuatan Model - 1
4. Makmal Komputer Apple(3D)- 1
5
.Makmal Komputer (2D)- 1

KURSUS SIJIL PELUKIS PELAN SENIBINA
Kursus ini merupakan satu kursus kemahiran di dalam menyediakan lukisan pelan senibina. Pelajar akan dapat memahami dan menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses rekabentuk sesebuah bangunan atau binaan.Selain daripada kemahiran tersebut, pelajar turut didedahkan dengan pembuatan model-model bangunan.

Kemudahan-kemudahan :
1. Studio Lukisan - 2
2. Studio Pembuatan Model - 1
3. Makmal Komputer(AutoCAD)-2

KURSUS SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN
Kursus ini menggabungkan bidang automatan dan pembuatan. Bidang automatan menjadi satu bidang yang sangat diperlukan kerana skop penggunaan bidang ini sangat luas dan merangkumi antara lain teknologi pengawal perindustrian, teknologi pembuatan berintegrasi komputer.

Kemudahan-kemudahan :
1. Makmal CAD/CAM - 1
2. Makmal Pneumatik - 1
3. Makmal Hidraulik - 1
4. Makmal CNC - 1

KURSUS SIJIL AUTOMOTIF
Kursus ini meliputi kerja amali menservis dan membaiki motosikal; kerja amali menservis kenderaan motor, menyegara dan membaiki sistem penalaan, sistem penyejukkan, sistem pelincir, sistem bahan api, brek, sistem gantung, sistem penghidup, pemasangan klac dan bahagian lain kenderaan motor. Kursus ini akan juga meliputi teknologi yang berkaitan dengan setiap sistem.

Kemudahan-kemudahan :
1. Bengkel Motosikal - 1
2. Bengkel Kereta - 1
3. Ruang Menggegas - 1

 

 

FORUM KKKB

 

 

  ::BERITA & INFO::

 

 

 




 

 

 

 

 


 

  ::CAKAP-CAKAP::

 

 

 



 

  ::PAUTAN PENTING::

 

 

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
http://www.mohe.gov.my

Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my


Bahagian Pengurusan Kolej Komuniti [BPKK]
http://www.bpkk.edu.my

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
http://www.spp.jpm.my/

 

 


 

  ::BUKU TAMU::

 

 


Lihat buku tamu

Tulis buku tamu

 

| pengenalan | kursus | kemudahan | galeri | staf | pautan | forum |

Kolej Komuniti Kepala Batas No 87 Lorong Bertam Indah 1,Taman Bertam Indah,13200 Kepala Batas,Pulau Pinang.
Tel:604-5792300 Fax:604-5759300.HAKCIPTA KKKB 2000®L@nnO™

Kolej Komuniti Kepala Batas tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
UTAMA